Pages

Monday, April 4, 2011

Jom Exercise Naik Tangga



Assalamualaikum...

Pagi sabtu lepas awang terima sms dari seorang sahabat dari Shah Alam.. 'Aku terima sms pagi2 lagi bahawa osman bin yaakub (bukan nama sebenar) meninggal dunia malam semalam kerana pembuluh darah pecah.' Innalillah...

Awang benar- benar terkejut. Walaupun awang tak berapa mengenali Arwah, tapi seingat awang arwah masih lagi muda, kalau tak silap dalam lingkungan 35 keatas. Awang pung lantas membuat sedikit riki2 berkenaan latarbelakang arwah. Arwah rupanya baru berumur 38 tahun dan masih muda. Awang sedekahkan Al-Fatihah kepad arwah dan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Arwah didapati mengidap penyakit darah tinggi. Apa puncanya darah tinggi ni? Apakah penjagaan kesihatan yang kurang, tekanan kerja atau stress, silap makan/ tak jaga makan dan sebagainya. Rokok? Mungkin juga faktornya.

Awang pernah terbaca artikel macamana nak jaga kesihatan atau exercise kalau tak ada masa sangat la... ramai antara kita ni kerja kat opis...bangunan tinggi pencakar langit...gah betul opis korang semua.. Inilah peluang kepada sesiapa yang memang tak de masa nak exercise ujung minggu . Nah paling mudah...

Jom kita panjat je tangga kat sebelah lift tu...mula-mula cuba naik 5 tingkat dulu kalau tak larat 3 tingkat...confirm termengah-mengah... masa kita naik tangga tu..jantung kita akan bberkerja keras mengepam darah ke seluruh anggota badan..

Ini yang sebenarnya yang kita perlukan...opppss jangan paksa kalau rasa jantung tu dah berdegup kuat sangat..nanti korang pengsang...naik slow2..Nah rasakan ...korang akan rasa lenguh lutut pun ada... tak apa...Naik tangga adalah cara terbaik untuk menggerakkan otot2 jantung kita bekerja dan exercise...a little bit pushing is need....

bukannya susah pun ...lakukan untuk kesihatan anda...inssyaAllah...amal...anda akan rasakan perbezaan...

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama
Email Address:
No tel:
Alamat Penghantaran:
Bilangan Botol:
Butir-butir bayaran yang telah dibuat:

This contact form was created by Freedback.