Pages

Thursday, April 14, 2011

Nasi separuh kak

Tengahari tadi awang pergi solat jumaat. Cari la satu kedai makan, ye la dah lapar sangat. Setengah hari duk mengadap komputer perut pun mula la menyanyi - nyanyi .


Kul 12 setengah awang & the gang pun kluar opis menuju ke sebuah restoran terkenal di sekitar Petaling Jaya.. Waaahh... lauk pauk hari ni memang mengancam perut betul... ada Patin masak tempoyak.. guali kawah..ayam percik... ikan keli goreng berlada...ikan jaket sumbat..dan macam2 lagi...


sampai kat akak yang tengah bubuh nasi tu... kak separuh je...hehehe... senyum je akak tu.. hai diet ke? tak jaga perut kakk...tak tahu lah kenapa awang ...lapar memang lapar tapi bila teringatkan nasi...memang kalau boleh nak mintak dua pinggan je...


lawan nafsu...kena lawan... bukan apa...kesian kat perut nati... tak caya....pendapat awang, kpda sahabat2 yang kerja tak kuar peluh sangat tu ..yang dok mengadap laptop tu... boleh la cuba2 diet2kan perut anda... kesian si perut tu... semuanya nak disumbat... kalau boleh tulang2 kerbau pun tuan dia nak sumbat dalam perut tu....lagi pun nak solat jumaat...konfir tidur masa khutbah nati ...kot...


so Awang di sini menyeru kpd sahabat2 sekalian supaya kita dapatlah mengamalkan cara/gaya pemakanan seperti Nabi Muhammad kita... berhenti sebelum kenyang...macamana...kak nasi separuh kak...

Saturday, April 9, 2011

Awas!Peringatan!

Assalamualaikum.....sekadar ingin berkongsi...


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya
karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan
barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ini
termasuk pengambilan jus & buah oren.

3. Bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh". Banyak orang Cina suka
makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4.Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan
dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell,
L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan
lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-
satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan
jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini
tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu,
Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)turut mengandungi bahan
yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3
hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat
tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC
(sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang
mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak,
jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau
disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari
untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati
menghidap barah dan mati selepas itu.
Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James
Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat kesebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw
minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw
tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita
buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah
maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna
yang masih belum disedarkan lagi. sumber sini

Friday, April 8, 2011

Punca -punca kanser

Assalamualaikum..

Ramai yang takut bila dengar penyakit kanser ni. Bagi oramg melayu pulak, kanser ni tidak berapa mengambil berat akan risiko terkena kanser.

Tak tahu awang kenapa. Ramai dari orang melayu kita bila tahu kena kanser terus kena stage 4. Itu yang sangat menakutkan. Tahu tak apa itu stage 4. Stage 4 ni dah kira stage terakhir bagi pesakit kanser. sebab itu awang cadangkan supaya kita pergi buat diagnos untuk mengesan kanser dari awal lagi.

Terdapat 200 lebih jenis kanser yang mudah mengkanseri manusia. kanser bermula dari mana-mana tisu badan seseorang. mana2 punca kanser yang khusus tidak akan menyebabkan kanser yang lain. Contohnya, kanser paru -paru yang disebabkan oleh asap rokok dan kanser malanoma pada kaki yang disebabkan oleh pendedahan pada matahari yang lama..jadi Asap rokok tidak akan menyebabkan canser malanoma dan matahari tidak akan menyebabkan kanser paru-paru...

Tuesday, April 5, 2011

Kanser lagi

Assalamualaikum..

Sedih awang dengar berita kematian organisasi mate yang kena kanser. Al~ fatihah untuk mereka semua. Bak kata orang ajal dah sampai. Kanser hanyalah sebab kematian..

masa awang kecik-kecik dulu jarang betul awang dengar tentang kanser atau lebih dikenali sabagai penyakit barah di kalanagn orang melayu..tapi sekarang ni macam dah biasa la pulak.. sahabat awang dah 2 orang meninggal disebabkan oleh kanser ini..satu barah usus dan satu lagi barah kulit..

kebanyakan kaum wanita lebih banyak kita dengar kena kanser... tak tahu la kenapa mungkin kat malaysia ni ramai perempuan daripada lelaki yang menyebabkan peratus wanita kena kanser lagi ramai...tapi yang nyata awang dengar kaum wanitalah yang mudah kena kanser...kaum lelaki mudah kena serangan jantung betul ke tidak?...

Bagi Kaum hawa ni satu petua yang Awang ada baca adalah mengamalkan makan pisang sebiji setiap pagi...sila amalkan...kaum bapak2 sekalian tak pula dia bagitau..mungkin boleh cuba jugak.. tak rugi pun...lagi mengenyangkan adela... tak payah nak breakfast kuew teow minyak lagi...

Monday, April 4, 2011

Jom Exercise Naik Tangga



Assalamualaikum...

Pagi sabtu lepas awang terima sms dari seorang sahabat dari Shah Alam.. 'Aku terima sms pagi2 lagi bahawa osman bin yaakub (bukan nama sebenar) meninggal dunia malam semalam kerana pembuluh darah pecah.' Innalillah...

Awang benar- benar terkejut. Walaupun awang tak berapa mengenali Arwah, tapi seingat awang arwah masih lagi muda, kalau tak silap dalam lingkungan 35 keatas. Awang pung lantas membuat sedikit riki2 berkenaan latarbelakang arwah. Arwah rupanya baru berumur 38 tahun dan masih muda. Awang sedekahkan Al-Fatihah kepad arwah dan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Arwah didapati mengidap penyakit darah tinggi. Apa puncanya darah tinggi ni? Apakah penjagaan kesihatan yang kurang, tekanan kerja atau stress, silap makan/ tak jaga makan dan sebagainya. Rokok? Mungkin juga faktornya.

Awang pernah terbaca artikel macamana nak jaga kesihatan atau exercise kalau tak ada masa sangat la... ramai antara kita ni kerja kat opis...bangunan tinggi pencakar langit...gah betul opis korang semua.. Inilah peluang kepada sesiapa yang memang tak de masa nak exercise ujung minggu . Nah paling mudah...

Jom kita panjat je tangga kat sebelah lift tu...mula-mula cuba naik 5 tingkat dulu kalau tak larat 3 tingkat...confirm termengah-mengah... masa kita naik tangga tu..jantung kita akan bberkerja keras mengepam darah ke seluruh anggota badan..

Ini yang sebenarnya yang kita perlukan...opppss jangan paksa kalau rasa jantung tu dah berdegup kuat sangat..nanti korang pengsang...naik slow2..Nah rasakan ...korang akan rasa lenguh lutut pun ada... tak apa...Naik tangga adalah cara terbaik untuk menggerakkan otot2 jantung kita bekerja dan exercise...a little bit pushing is need....

bukannya susah pun ...lakukan untuk kesihatan anda...inssyaAllah...amal...anda akan rasakan perbezaan...

Friday, April 1, 2011

Tips Makan Durian

Assalamualaikum...

Semalam terbaca berita berkenaan dato' Malek Noor rebah/pengsan di stadium Ipoh semasa menjadi penjaga gol bagi satu perlawanan bola sepak. Beliau kemudiannya diberikan rawatan kecemasan oleh doktor pakar yang disediakan oleh penganjur.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai Ipoh. Hasil diagnos awal mendapati bahawa beliau mengalami serangan jantung dan didapati terdapat saluran darah tersumbat. Siasatan awal juga mendapati Dato' Malek Noor baru saja makan durian pada petang kejadian.

Semalam awang baru bersembang dengan rakan yang baru saja balik dari pergi buat medical checkup kat Hospital Selayang. Rakan awang ni suspected masalah jantung dan kencing manis...

Rakan awang pun ada la tanya doktor tu boleh ke nak makan durian maklumlah sekarang ni musim durian. kalau nak makan durian, jangan makan waktu malam sebab lambat hadam, kalau nak makan sangan makan waktu pagi..tapi betul gak kata doktor tu sebab kebanyakan kita memang suka makam durian malam2.. yelaa..baru balik kerja singgah pasar malam..terus je belasah D24, IOIla.. Musang King la..

so kalau nak makan sangat kata doktor tu makan la pagi hari...bukan apa boleh la lepas tu kita keluar peluh sikit kasi kontra lemak2 dalam badan.. kluar sumer gas durian... Hmmm.. sedapnya durian...kucing tidur...

Borang Pesanan

Nama
Email Address:
No tel:
Alamat Penghantaran:
Bilangan Botol:
Butir-butir bayaran yang telah dibuat:

This contact form was created by Freedback.